suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Majlis Bandar Pulau Pinang Dipecat Tanpa Sebab

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri telah menamatkan perkhimatan seorang ahli majlis tanpa mengemukan sebarang sebab.

Noor Syazwani Md Amin (gambar),30, pernah berkhidmat di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kurang daripada empat bulan sebagai ahli majlis.

Namun dia telah dipecat daripada jawatan tersebut pada Rabu selepas mesyuara exco negeri.

Noor Syazwani dilantik pada Januari lalu dan merupakan wakil pertubuhan bukan kerajaan NGO daripada Persatuan Pasar Malam Melayu Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow mengeluarkan kenyataan ringkas pada Khamis dengan menyatakan bahawa penyingkiran Noor Syazwani dibuat mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bagaimanapun tidak dinyatakan alasan penyingkiran tersebut dibuat.

Menurut sumber MBPP, satu mesyuarat majlis bakal berlangsung Jumaat ini dan penyingkiran Noor Syazwani akan turut dibincangkan.

Noor Syazwani Md Amin

Artikel Berikut

Artikel Lain