suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rempuh Tujuh Kenderaan Demi Elak Polis

KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan apabila mereka cuba mengelak pemeriksaan polis dengan merempuh tujuh kenderaan di Taman Intan Baiduri.

Polis berjaya menghentikan suspek dengan menembak tayar kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka dalam kejadian kira-kira pukul 8.30, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata sepasukan polis daripada Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) sedang menjalankan rondaan apabila mereka terserempak dengan kenderaan Perodua yang mencurigakan berhampiran rumah pangsa di kawasan berkenaan.

"Pasukan itu memperkenalkan diri mereka dan cuba untuk menghentikan kenderaan suspek.

"Namun mereka mengundur dan hampir melanggar beberapa pejalan kaki," kata ACP Munusamy.

Beliau berkata, suspek akhirnya merempuh tujuh kenderaan sebelum polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu dengan menyasarkan tayar.

"Satu daripada tembakan mengenai lengan kiri salah seorang suspek.

"Kami berjaya memberkas empat suspek berusia antara 21 dan 23 yang berada di dalam kereta mereka," katanya sambil menambah kes itu disiasat kerana cubaan membunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain