suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Cabar Semula Sabitan Kes Liwat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang baharu bagi mengetepikan sabitan kesalahan liwat dengan menjadikan isu penipuan sebagai alasan.

Peguam pemimpin PKR yang dipenjarakan itu, N. Surendran berkata beliau akan memfailkan tuntutan sivil yang baharu pada hari Isnin ini.

"Anwar akan berusaha untuk mengenepikan sabitan kes liwat dan mendapatkan perintah pembebasannya dengan segera," kata Surendran kepada The Star.

Bagaimanapun beliau berkata Anwar tidak akan menuntut ganti rugi.

Sementara itu seorang lagi peguam Anwar, Latheefa Koya berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada pagi Isnin.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim

Artikel Lain