Jangan Laga-Lagakan Zahid-Hishamuddin - PM Najib - Semasa | mStar

Jangan Laga-Lagakan Zahid-Hishamuddin - PM Najib

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain menyandang jawatan Menteri Pertahanan, adalah atas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Perdana Menteri, sebelum pelantikan itu diumumkan beliau pada Rabu lalu (12 April), ia telah dibincangkan dengan timbalannya itu yang juga Menteri Dalam Negeri selama berbulan-bulan.

"Sebab itulah saya nak beritahu, jangan ada yang nak lagakan Datuk Hisham (Hishammuddin) dengan Datuk Zahid (Ahmad Zahid).

"Bila saya umum Datuk Hisham jadi Menteri Pertahanan dengan (Menteri) Tugas-tugas Khas saya dah bincang dengan Datuk Zahid berbulan-bulan, malah Datuk Zahid yang cadangkan Datuk Hisham dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas," katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Jumaat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Zahid, pimpinan tertinggi UMNO dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Ahmad Zahid dan Hishamuddin turut dilihat bergurau sesama sendiri, sekali gus memberi peluang kepada Najib untuk menunjukkan hubungan rapat kedua-dua pemimpin itu yang masih boleh duduk bersama.

"Satu-satunya perkara yang mereka belum lakukan adalah berciuman sesama sendiri, jadi tiada masalah," kata Najib.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain