suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paraglider Hilang Di Kuala Kubu Bharu Sejak Ahad

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang paraglider dipercayai hilang sejak tengah hari Ahad selepas gagal mendarat di Stadium Millennium, Kuala Kubu Bharu dekat sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Rosli dari Cheras berlepas dari Bukit Batu Pahat dan sepatutnya mendarat di stadium tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden R. Supramaniam berkata pusat kawalan daerah telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.50 petang Ahad.

Katanya, angin kencang mungkin menolak paraglider itu sehingga ketinggian 4,000 kaki dan kira-kira pukul 5 petang Ahad, mangsa gagal dihubungi menerusi telefon bimbitnya.

Beliau berkata usaha mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Operasi itu kemudian diteruskan semula pada 8 pagi Isnin.

paraglider, Kuala Kubu Bharu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain