suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Lumpur Maut Jangkitan Kuman

Gambar fail menunjukkan jalan menuju ke Ladang Kelapa Sawit Sen Fu Sdn Bhd, Tongod di daerah Kinabatangan runtuh akibat kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 1 April lepas. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang terselamat dalam kejadian banjir lumpur di Kg Alintang di daerah Tongod, Sabah meninggal dunia kerana jangkitan kuman.

Polis mengenak pasti mangsa sebagai Zaleha Mandaya, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5 pagi Ahad.

Terdahulu, Zaleha dikenal pasti pasukan menyelamat sebagai Jalikha Malingkut.

Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, Zaleha dipercayai meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas kejadian banjir lumpur.

Suaminya, Abdul Kahalayan dan anak lelaki, Julaslam masih dalam proses untuk pulih selepas diselamatkan.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara 11 sekeluarga yang terlibat dalam kejadian 1 April lalu.

Enam daripada mereka meninggal dunia, manakala dua yang lain, Asma dan Alan masih hilang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain