suria

Dua Rentung, Seorang Cedera Kereta Rempuh Kotak TM

Gambar Hiasan

MUAR: Seorang lelaki dan wanita rentung manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas merempuh kotak Telekom Malaysia (TM) di Batu 7 1/2 Jalan Bakri-Muar di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta yang dikenali sebagai Jakson, 55, dan seorang wanita, Chan Choon Siang, 35.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki mereka yang menghala ke Bakri dari arah Air Hitam hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh kotak TM sebelum terbakar.

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian menghubungi polis serta bomba bagi memadamkan api. Namun, apabila tiba api sudah marak dengan pemandu dan penumpang belakang rentung dalam kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Sementara itu, penumpang bahagian hadapan yang selamat, Lyette Lim, 44, kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar kerana patah bahu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Bernama

TM, Jalan Bakri-Muar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain