Sultan Kedah Sihat, Tular Gering Tidak Benar - Semasa | mStar

Sultan Kedah Sihat, Tular Gering Tidak Benar

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua, kiri) berkenan berangkat pada Majlis Perasmian Perarakan Bot Berhias pada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89 di Dataran Pekan Rabu, 22 Mac lalu. fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.

Beliau berkata mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.

"Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.

"Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi," katanya menurut laporan Bernama.

Kenyataan itu tular bersama-sama dengan satu surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, meminta semua pegawai daerah memaklumkan kepada imam di daerah masing-masing supaya mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat.

Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.

Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain