suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dilulus Tepat Pada Masanya

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Langkah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 adalah tepat pada masanya berikutan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Presiden Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) Datuk Dr Raj Abdul Karim berkata rang undang-undang itu akan digunapakai untuk melindungi dan menjamin keselamatan semua kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk mereka membesar dengan selamat.

"Setiap kanak-kanak berhak menikmati peluang untuk membangun dan mencapai potensi maksimum mereka dalam kehidupan, oleh itu rang undang-undang ini memberi kesempatan terbaik untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlunya melindungi kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Rang undang-undang itu, yang antara lain, menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten dalam kes jenayah seksual dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said minggu lepas.

Rang undang-undang tersebut, bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual, terpakai kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

"MKKM juga menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat untuk mengesan dan menyiasat mana-mana orang yang disyaki memiliki bahan lucah atau bahan penderaan seksual kerana aktiviti ini tersorok ketika kanak-kanak terus dieksploitasi," kata beliau.

Mengenai mangsa rogol terdiri daripada kanak-kanak, Raj berkata mereka perlu diberi peluang untuk pulih, mengembalikan semula keyakinan untuk membina semula kehidupan bagi masa depan yang lebih baik. - BERNAMA

Artikel Lain