suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntutan Palsu Geotube: Juruukur Bahan Ditahan

PETALING JAYA: Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu pembekalan geotube Sungai Melaka, Melaka.

Suspek yang berkhidmat sebagai juruukur bahan di syarikat milik suspek bergelar Tan Sri ditahan di rumahnya di Johor Bahru, kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Suspek berusia 48 tahun difahamkan sudah berhenti bekerja dengan syarikat itu pada 2014 namun berkemungkinan terlibat dalam salah laku itu pada 2012.

Pada Rabu suspek bergelar Tan Sri, anaknya, tiga pegawai JPS dan seorang bekas Pengarah Bahagian Projek Khas agensi itu ditahan  kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM13 juta.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah tangkapan suspek seramai tujuh orang.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Tuntutan palsu, rm13 juta, geotube

Artikel Lain