suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Nafi Minta Calon Temuduga Buka Baju

PETALING JAYA: Malindo Air menafikan laporan bahawa calon temuduga jawatan pramugari diminta membuka baju semasa sesi temuduga syarikat penerbangan itu pada Mac lalu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Malindo Air berkata pemeriksaan dilakukan semasa sesi temuduga bagi mengenal pasti jika terdapat mana-mana calon yang mempunyai tanda yang boleh kelihatan pada tubuh badan mereka.

Malah, syarikat penerbangan itu menjelaskan proses itu dilakukan oleh penyelia wanita secara persendirian sebagai sebahagian daripada proses temuduga.

"Pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesional dan tertutup oleh penyelia wanita dan ia adalah sebahagian daripada proses temuduga.

"Calon diberi taklimat lebih awal dan keizinan daripada setiap mereka didapatkan sebelum pemeriksaan kesan parut ketara dapat dilihat jika mereka mengenakan pakaian seragam," demikian menurut kenyataan itu.

Malindo Air berkata, setiap calon temuduga bagi jawatan pramugari syarikat penerbangan itu telah dijelaskan serta memberi kebenaran untuk melakukan pemeriksaan tersebut.

Katanya, pemeriksaan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) syarikat penerbangan berkenaan dalam menemuduga calon pramugari sejak empat tahun lalu.

Syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 700 pramugari.

Malindo Air, pramugari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain