suria

Letupan St Petersburg: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Wisma Putra

SERANGAN di stesen kereta api Saint Petersburg di Rusia pada 3 April 2017 mengorbankan 11 nyawa dan mencederakan 45 mangsa yang lain. Foto AP

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden letupan di stesen kereta api bawah tanah di St Petersburg, Rusia pada Isnin, kata Wisma Putra.

Semasa mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Selasa, katanya setakat ini hanya tiga warganegara asing disahkan terlibat dalam insiden itu.

Dalam kenyataannya yang terdahulu, Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Moscow sentiasa berhubung dengan komuniti Malaysia dan pihak berkuasa tempatan di St Petersburg bagi memastikan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden letupan itu.

Letupan itu berlaku di Stesen Sennaya Ploschad dan Stesen Tekhnologichesky Institute pada kira-kira 2.30 petang waktu tempatan pada Isnin.

Menurut Wisma Putra, pihak berkuasa tempatan sedang mengenal pasti punca letupan itu.

Rakyat Malaysia di Rusia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Moscow di Mosfilmovskaya Ulitsa 50 117192 Moscow atau menghubungi talian +7 495 419 9898 dan  +7 495 419 9899 atau e-mel [email protected] Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian 03-8887 4570 (selepas waktu kerja) dan 03-8887 4530. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain