suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM10 Juta Dibayar Untuk Sistem Biometrik Tapi Tidak Digunakan - PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) merungkai apa yang berlaku kepada peralatan biometrik bernilai RM10.3 juta bertujuan untuk menyaring dan mengesahkan maklumat rakyat di negara ini dan juga imigran.

Dalam laporan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) telah dibekalkan dan dibayar tetapi tidak digunakan di pusat pemeriksaan sempadan.

"Jika mereka (kementerian) gagal mengesan peralatan itu, kami menggesa mereka untuk menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab," kata Hassan.

PAC mendapati selain daripada MyIMMS, satu sistem berbeza iaitu Sistem Pendaftaran dan Penguatkuasaan Warga Asing (NERS) digunakan susulan kelulusan kementerian pada 8 Februari 2011.

Sistem NERS bernilai RM912 juta yang digunakan dari 1 Jun 2011, diperolehi menerusi perjanjian konsesi selama12 tahun.

PAC berkata Jabatan Imigresen kemudiannya terpaksa menyeragamkan sistem biometrik di depot tahanan kerana dua sistem tersebut menggunakan teknologi yang berbeza dan tidak sesuai.

PAC, Jabatan Imigresen, MyIMMs

Artikel Lain