suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBR Mohon Sertai Pakatan Harapan

Khairuddin Abu Hassan.

PETALING JAYA: Parti Bebas Rasuah (PBR) atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Generasi Baru memohon untuk menjadi salah satu ahli gabungan Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Presiden PBR Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata beliau akan menghantar permohonan rasmi mengenai hasrat tersebut ke pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang Selasa.

"Saya mewakili presiden dan akan ditemani setiausaha agung, ketua penerangan dan bendahari parti untuk menghantar permohonan rasmi," katanya.

Khairuddin berkata Presiden PBR, Datuk Ezam Mohd Nor tidak dapat hadir menyerahkan permohonan itu kerana beliau berada di luar negara.

PBR, Pakatan Harapan

Artikel Lain