Hudud Tidak Terpakai Di Sarawak - Abang Johari - Semasa | mStar

Hudud Tidak Terpakai Di Sarawak - Abang Johari

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menterinya yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kekal dengan pendirian menolak pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu.

"Saya mahu jelaskan bahawa hudud tidak terpakai di Sarawak dan saya berkongsi pandangan yang sama dengan Allahyarham Tok Nan (bekas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem).

"Walaupun rang undang-undang ini (berkaitan) syariah dan bukan hudud, kami luahkan kebimbangan kami kerana bagi saya penalti rang undang-undang ini bersifat diskriminasi antara orang Islam dan bukan Islam berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita semasa melawat Menara Sarawak Energy di sini Selasa diminta mengulas mengenai rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ditanya sama ada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu membuat undian berhubung cadangan pindaan itu, Abang Johari berkata perkara tersebut bergantung kepada hasil pertemuan antara perdana menteri dan pemimpin parti komponen BN baru-baru ini.

Katanya beliau hanya menghadiri mesyuarat pertama dan berada di China semasa mesyuarat kedua yang dihadiri oleh Timbalanya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Rang undang-undang persendirian itu diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat pada 24 November lalu, namun baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah itu. - BERNAMA

hudud , Sarawak , Abang Johari

Artikel Sebelum

Black Eagles 'Gegar' Ibu Kota Esok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain