suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Dibenar Lawat Isteri

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi kebenaran khas untuk melawat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang dirawat di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru pada petang Isnin.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang dan Presiden PKR dimasukkan ke hospital tersebut pada Isnin untuk mendapatkan rawatan.

Dalam satu rakaman video yang dikongsi kartunis Zunar atau nama sebenar Zulkiflee SM Anwar Ulhaque menerusi laman Twitternya menunjukkan bekas ketua pembangkang itu dikawal ketat oleh anggota pengawal penjara.

Anwar turut melambai ke arah jurugambar yang hadir membuat liputan kehadiran beliau ke hospital tersebut.

Setiausaha politiknya, Rodziah Ismail pada Isnin bagaimanapun berkata keadaan Wan Azizah setakat ini tidak membimbangkan.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, untuk mendapatkan rawatan.

"Sehubungan itu beliau tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat dan juga sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini (Isnin) serta beberapa acara lain," katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.

Rodziah berkata setakat ini, atas nasihat doktor kehadiran pelawat hanya dihadkan kepada keluarga terdekat.

Anwar kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada Februari 2015.

Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain