Mayat Tersalah Serah, Kementerian Kesihatan Beri Pampasan Kepada Keluarga - Semasa | mStar

Mayat Tersalah Serah, Kementerian Kesihatan Beri Pampasan Kepada Keluarga

Fong I Wen menunjukkan sijil kematian bapanya, mendiang Fong Meng Tuck: Foto: GARY CHEN/The Star

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan akan membayar pampasan ex-gratia kepada keluarga mendiang Fong Meng Tuck, yang mayatnya sebelum ini diserah kepada keluarga lain oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada November tahun lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata perkara itu sudah dibawa ke peringkat kementerian dan pihaknya sedang berbincang mengenai jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga Fong.

Kita kesal dengan kesilapan yang berlaku dan kami mengakui kesilapan dari pihak hospital.

Polis sudah buat kenyataan berhubung perkara ini bahawa (mayat)yang dikremasi itu adalah milik keluarga Fong, katanya.

"Kami terima kenyataan polis itu dan kami sedang berunding tentang pampasanex-gratia kepada keluarga (mendiang Fong)," katanya pada sidang akhbar selepas menutup program Kembara Sihat 1Malaysia (KS1M), Ahad.

Jabatan Perubatan Forensik HPP sebelum ini, dilapor tersalah menyerahkanmayat Fong kepada keluarga lain yang kebetulan turut menuntut mayat seorang lelaki berusia 73 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira 12 tengah hari, 21 November tahun lalu.

Mereka kemudian membawa pulang mayat itu dan melakukan upacara dikremasi sebelum abu mayat disimpan ahli keluarga berkenaan.

Anak lelaki Fong yang mahu menuntut mayat bapanya kira-kira 2 petang pada hari yang sama (21 Nov tahun lalu), terkejut apabila dimaklumkan mayat sudah tiada di HPP.

Polis kemudian mengesahkan mayat tersalah serah itu adalah Fong selepas memperoleh hasil ujian DNA terhadap sampel darah tiga anak lelaki mendiang oleh Jabatan Kimia yang mendapati ia 99.99 peratus sepadan dengan Fong.

Ditanya mengenai dakwaan keluarga Fong bahawa pihak kementerian masih belum memberi maklum balas berhubung perkara itu, Dr Hilmi berkata pihaknya akan menyelesaikan perkara berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata KS1M adalah pergerakan simbolik berkonvoi dari satu daerah ke satu daerah, bertujuan menggembleng amalan perkhidmatan sukarelawan, membentuk jati diri dan memupuk semangat kerjasama dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.

Beliau berkata KS1M yang pertama kali diadakan itu berjaya merekodkan 108 hentian, dengan jumlah perjalanan sejauh 8,000 kilometer, bermula dari Kota Kinabalu pada 21 Mac lepas, dan melibatkan 3,500 anggota.

Katanya dianggarkan hampir 14,000 penduduk mendapat manfaat daripada program kembara itu dengan tema #ziarahsenyum. -Bernama

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain