PTPTN Sasar Kutipan Balik Pinjaman RM4 Bilion Tahun Ini

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan jumlah bayaran balik oleh peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat tahun ini, dengan sasaran kutipan sebanyak RM4 bilion.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata jangkaan kenaikan itu berdasarkan trend kutipan balik pinjaman PTPTN yang semakin baik, selain prestasi kutipan melebihi sasaran tahun lepas.

"Tahun lepas, PTPTN menyasarkan kutipan bayaran balik pinjaman RM2 bilion, namun jumlah kutipan diterima RM3.4 bilion. Terdapat 200,000 pelajar yang meminjam melalui PTPTN setiap tahun.

"Tahun ini, PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM4 bilion dan kita jangka jumlah ini mampu dicapai berdasarkan prestasi positif yang ditunjukkan oleh mereka yang membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC, Bandar Seri Alam, di sini pada Ahad. 

Pada Sabtu, Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff memaklumkan terdapat 586,863 peminjam PTPTN sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lepas.

Ia membabitkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion dan daripada jumlah itu, 312,068 peminjam telah datang berunding dengan PTPTN serta mula membuat bayaran balik melibatkan sebanyak RM967.9 juta.

Sementara itu, mengulas mengenai tiga pelajar universiti awam di Serdang yang ditahan kerana memiliki dadah pada Khamis lalu, Idris berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terlibat dengan kes seumpama itu.

Ketiga-tiga pelajar terbabit kini digantung pengajian dan sedang menjalani siasatan, katanya.

"Pihak universiti sememangnya mempunyai kawalan ketat bagi mencegah sebarang jenayah dan aktiviti tidak sihat dan kita akan perkasakan perkara ini," katanya.

Kesemua pelajar berusia 22 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah bilik asrama di universiti berkenaan bersama ganja seberat 1.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2,500. -Bernama

PTPTN, Datuk Seri Idris Jusoh

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain