suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Culik Warga Malaysia Akan Dibawa Ke Manila

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas dan Tayudin Anjut akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila.

Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa tersebut ke Malaysia dengan kadar segera.

Kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.

Manila, Culik, Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain