suria

Lim Kit Siang Sedia Pertahankan Gelang Patah

JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang, jika beliau memutuskan untuk terus bertanding.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, setakat ini beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada PRU-14 atau tidak.

"Jika saya bertanding pada PRU-14, pilihan pertama saya ialah Gelang Patah tetapi jika ada sebab strategik yang saya perlu bertanding di kawasan lain, saya bersedia untuk memberikan perhatian yang serius," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Kangkar Pulai di sini pada hari Sabtu.

Kit Siang berkata, beliau telah berada dalam politik selama 51 tahun yang lalu iaitu sejak penubuhan DAP pada tahun 1966.

Sepanjang minggu lepas, beberapa poster dan baner yang mempersoalkan di mana Kit Siang telah digantung di depan Pusat Khidmat DAP Taman Nusa Perintis di Gelang Patah.

Pada baner itu tertera "Di mana Uncle Lim Kit Siang? Gelang Patah rindukan anda" yang telah digantung manakala poster dilekat pada perhentian bas.

DAP, Lim Kit Siang

Artikel Lain