suria

Yayasan Star Sumbang Van Untuk Pusat Latihan

PETALING JAYA: Sebuah pusat latihan bagi mereka yang mempunyai keperluan khas di Raub, Pahang kini memiliki sebuah van 12 tempat duduk hasil sumbangan Yayasan Star.

Sebelum ini Pusat Perkhidmatan Penjagaan Raub itu terpaksa bergantung kepada kenderaan yang dimiliki oleh guru dan ahli jawatankuasa untuk membawa pelajar mereka sejak ia ditubuhkan pada 2004.

"Kami amat berterima kasih. Dengan adanya van ini, ia akan memudahkan kami membawa para pelajar," kata pengerusi pusat itu, Liew Poh Fa yang hadir di Menara Star bagi menerima van tersebut pada Jumaat.

"Saya ingin menekankan bahawa selain daripada orang kurang upaya, pusat ini mempunyai jawatankuasa khusus yang sentiasa melawat mereka yang memerlukan di Raub. Mereka menghantar makanan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

"Van itu adalah penting. The Star telah memberikan sokongan kuat yang akan menggalakkan mereka untuk berusaha lebih bagi memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan," kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut hadir pada majlis itu.

Penajaan itu adalah sebahagian daripada usaha Yayasan Star untuk memberi bantuan kewangan kepada organisasi sosial dalam perbelanjaan khususnya menaik taraf kemudahan dan perjalanan program yang sedia ada, kata Pengerusi Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow.

Yayasan itu telah mendermakan RM50,000 bagi tujuan pembelian van berkenaan.

Pusat khidmat itu kini mempunyai 35 pelajar berusia antara enam hingga 40.

Ia menyediakan latihan untuk orang kurang upaya di kawasan Raub.

Yayasan Star

Artikel Sebelum

Artikel Lain