suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Kilat Di Petaling Jaya

HUJAN lebat yang berlaku pada pagi Jumaat mengakibatkan berlakunya banjir kilat berhampiran simpang Lebuh Bandar Utama-Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Banjir yang berlaku pada waktu puncak sekitar pukul 8.30 pagi itu menyebabkan kenderaan dari Bandar Utama dan TTDI yang ingin menghala ke Kota Damansara dan Bandar Seri Damansara bergerak perlahan.

Hujan lebat berlaku kira-kira pukul 8 pagi dan air mula naik tidak lama kemudian.

Seorang pemandu, Zyafzan Mohamad Zin, 37, berkata keretanya terperangkap dalam banjir itu kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Apabila saya meninggalkan kereta, air naik ke paras pinggang saya. Saya sempat ke kawasan yang lebih tinggi dan menunggu hingga air surut," katanya.

Zyafzan berkata air surut kira-kira 20 minit kemudian.

Tambah Zyafzan, kenderaannya rosak akibat ditenggelami air.

"Suami saya datang dan kami membawa kereta ke bengkel berdekatan. Insurans kereta saya tidak melindungi kerosakan itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM400," kata Zyafzan yang bekerja sebagai penolong pengurus di sektor pelaburan.

Banjir Kilat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain