suria

Pejuang Kemerdekaan Siti Rahmah Meninggal Dunia

Siti Rahmah Kassim.

KUALA LUMPUR: Pejuang veteran kemerdekaan, Datuk Siti Rahmah Kassim, 91, meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya, dekat sini, pagi Jumaat.

Perkara berkenaan disahkan oleh anak kedua Allahyarham iaitu Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub.

"Ibu saya (Siti Rahmah) meninggal dunia di rumah saya di Petaling Jaya pada 10.55 pagi tadi," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara pada petang Jumaat, selepas solat jenazah di Masjid Al-Hidayah di Kelana Jaya.

Allahyarhamah dikenang sebagai orang pertama yang menyerahkan barang kemas bagi membantu bekas perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.

Siti Rahmah Kassim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain