suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Siti Rahmah

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi Jumaat.

"Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi.

"Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah," kata Najib menerusi laman Twitternya, Jumaat malam.

Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi Jumaat, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah Siti Rahmah, 91, disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum dikebumikan pada kira-kira 5.40 petang.

Allahyarham adalah wanita pertama yang menyerahkan barang kemasnya kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London dalam misi menuntut kemerdekaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain