suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular Sawa Berjaya Dikeluarkan Dari Enjin Kereta

SELAYANG: Anggota bomba berjaya mengeluarkan ular sawa berukuran satu meter dari bahagian enjin sebuah kereta yang diletakkan di luar sebuah pasar raya di Jalan Batu Caves di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Mohd Kasirin Ibrahim berkata ular sawa itu ditemui di bahagian enjin sebuah kereta baharu yang dipamerkan untuk jualan.

Beliau berkata, tujuh anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.24 tengah hari Khamis.

"Ketika kami tiba, bonet kereta itu tertutup. Saya menganggap sesiapa yang menjumpai ular itu akan terkejut dan terus menutup bonet itu.

"Kami berjaya mengeluarkan ular sawa itu dan menamatkan operasi pada pukul 1.04 tengah hari," kata Mohd Kasirin.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat sering menerima laporan mengenai ular yang ditemui di bahagian enjin kereta.

"Pada 2016, saya terlibat dalam kira-kira 30 operasi untuk mengeluarkan ular dari bahagian enjin kereta.

"Setakat ini, inilah ular sawa paling besar yang pernah saya lihat," katanya.

Mohd Kasirin berkata ular sawa itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilepaskan ke dalam hutan terdekat.

Artikel Lain