suria

Ular Menyelinap Masuk Wad Hospital Di Ipoh

- Gambar hiasan

IPOH: Petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini cemas apabila ternampak seekor ular berwarna hijau menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik wad berhampiran kaunter pendaftaran di jabatan berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Mahir Mat Saad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada petugas hospital itu kira-kira 5.11 petang sebelum satu pasukan segera dihantar ke hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, sebaik bomba tiba ular itu telah hilang dan pihak bomba tidak berjaya menjumpai ular tersebut selepas usaha mencarinya gagal," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Mahir berkata pihaknya telah melakukan pemantauan di kawasan sekitar jabatan berkenaan bagi memastikan tiada lagi ular itu di lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya kira-kira 5.52 petang. 


ular, HRPB, ular hijau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain