Padah Cium Penguatkuasa DBKL, Penganggur Dipenjara Tujuh Bulan - Semasa | mStar

Padah Cium Penguatkuasa DBKL, Penganggur Dipenjara Tujuh Bulan

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang  menjalankan tugas, tahun lepas.

Tertuduh Cesar Jamanulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyuddin Md Som selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di sini pada Rabu.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatannya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading dekat sini pukul 7.20 malam, 20 Februari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kepada mahkamah kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan tugas rondaan menyaman bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman.

Ketika mangsa hendak mengeluarkan saman untuk kereta yang terakhir, tertuduh sekali lagi telah datang dan mengatakan bahawa mangsa seorang yang cantik.

Wanita itu tidak melayan tertuduh dan mengarahkannya supaya memberi laluan kepadanya untuk mengambil gambar kereta yang telah disaman, tetapi tertuduh telah bertindak memegang muka mangsa dan mencium bibirnya.

Mangsa menolak tertuduh tetapi lelaki itu sekali lagi menerpa ke arahnya sehingga wanita itu menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian telah menahan Cesar dan membawanya ke balai polis. - BERNAMA

DBKL , Cium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?