suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawasan Bandar, Luar Bandar Perlu Tumpuan Sama Penting PRU-14

Khairy bersalaman dengan ahli Umno pada perasmian berkelompok Persidangan Tahunan Umno Cawangan-Cawangan Bahagian Puchong 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) malam Selasa. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Dr Mohamad Satim Diman (tiga, kiri). fotoBERNAMA

SERDANG: Kawasan bandar dan luar bandar perlu diberi tumpuan sama penting oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya boleh menang dengan bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata BN menghadapi cabaran besar untuk menang di kawasan bandar kerana masih terdapat pengundi yang tinggal di bandar yang pulang ke luar bandar pada hari pengundian kerana berdaftar di sana.

"Pengundi yang tinggal di bandar dan mengundi di luar bandar harus diberi perhatian kerana mereka mampu menentukan kemenangan dan kejatuhan BN di kawasan luar Lembah Klang.

"Ini kerana apa-apa isu yang dibincangkan di bandar akan mencorakkan perbincangan di seluruh negara," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Umno Bahagian Puchong 2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selasa.

Jelas Khairy, penduduk bandar yang pulang ke luar bandar untuk mengundi biasanya akan pulang ke kampung masing-masing dengan pelbagai propaganda bandar.

Oleh itu, Umno harus memberi tumpuan kepada orang Melayu yang tinggal di kawasan bandar termasuklah di kawasan Parlimen Puchong, tambah beliau.

Matlamat Umno di kawasan Parlimen Puchong pada PRU-14 nanti ialah sekurang-kurangnya menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Serdang, katanya lagi. - BERNAMA

PRU-14, Khairy Jamaluddin

Artikel Lain