suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat M'sia Ditahan Di Woodlands, 1.38kg Heroin Dirampas

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan seorang lelaki rakyat Malaysia susulan rampasan 1.38 kg heroin yang ditemukan di bawah tempat duduk motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands Sabtu lepas.

Terdahulu, para pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) menemukan empat bungkusan hitam mengandungi heroin disembunyikan di bawah tempat duduk motosikal yang dinaikinya.

Pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) kemudian segera dimaklumkan. 

"Lelaki berusia 30 tahun dan bungkusan itu diserahkan kepada CNB," kata ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Heroin yang dirampas itu bernilai lebih S$96,000 (S$1=RM3.14) di pasaran. - Bernama

Artikel Lain