suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Ingatkan Umno Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

Ahmad Zahid bersama Musa Aman hadir pada Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan Umno Bahagian Kalabakan pada Ahad. fotoBERNAMA

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno untuk sentiasa turun padang bagi membantu dan membela rakyat.

Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Samsuddin Yahya berkata pesanan itu diberikan oleh timbalan perdana menteri semasa menyempurnakan majlis penutupan 'Program Keris' anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan Umno membabitkan tiga bahagian Umno di sini, Ahad.

Ingatan itu merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti supaya kami sentiasa menumpukan usaha membantu nmenyelesaikan masalah dihadapi rakyat, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Majlis penutupan program itu diadakan secara tertutup kepada media.

Program dua hari itu bagi memantapkan persediaan Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan anggota Umno Bahagian Batu Sapi, Sandakan dan Semporna.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Umno Bahagian Sandakan Tan Sri Ampung Puyon, Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran dan Samsuddin.

"Kami sentiasa mengutamakan konsep turun padang itu termasuk menerusi Pusat Daerah Mengundi bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Menurut Samsuddin, Umno Batu Sapi juga sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi.

Pada petang ini, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan Umno Bahagian Kalabakan di Padang Perbandaran, Tawau.

Timbalan perdana menteri dijadual pulang ke Kuala Lumpur petang Ahad. - BERNAMA

Umno, Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Lain