suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Kesihatan Belum Putuskan Pengurusan Mayat Jong-nam

Dr Hilmi Yahaya.

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan masih belum memutuskan tindakan susulan ke atas pengurusan mayat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

"Polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan mayat itu kepada Kementerian Kesihatan pada Jumaat. Kami memerlukan sedikit masa untuk memutuskan apa yang mahu dilakukan terhadap mayat itu.

"Menurut undang-undang di Malaysia, tiada tempoh masa tertentu untuk mengeluarkan atau tidak sesuatu mayat," katanya selepas merasmikan Jambori MTB Balik Pulau di Politeknik Balik Pulau pada Sabtu.

Beliau berkata, kebiasaannya sesuatu mayat akan dituntut oleh ahli keluarga mangsa.

"Memandangkan ini kes berprofil tinggi, tunggu sehingga kami buat keputusan," katanya.

Dr Hilmi berkata, menurut prosedur biasa, mayat yang tidak dituntut akan dikebumikan di Malaysia.

Jong-nam maut diserang dua wanita di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu selepas disembur cecair beracun dikenali agen saraf VX di mukanya.

Kim Jong-nam, KKM

Artikel Lain