Wartawan Sambilan The Star Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Wartawan Sambilan The Star Meninggal Dunia

Percy D’Cruz.

MELAKA: Percy D’Cruz, wartawan veteran sambilan Biro The Star Melaka meninggal dunia.

Mendiang dipercayai terkena renjatan elektrik di kediamannya di Banda Hilir, petang Khamis.

Theresa Tan, 62, menjumpai mayat suaminya selepas pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 6.30 petang.

Difahamkan Tan menjumpai kesan terbakar di tubuh suaminya.

Tan bagaimanapun enggan ditemubual kerana terkejut dengan pemergian suaminya.

D’Cruz, 69, telah menghubungi pejabat kira-kira pukul 2.45 petang Khamis dan bercakap dengan penolong ketua jurugambar, A. Malex Yahaya bahawa anjung dan pagar rumahnya ditenggelami air kerana pembinaan longkang di hadapan rumah.

"Dia minta bantuan saya untuk maklumkan kepada ketua biro agar isu itu dibangkitkan kepada pihak berkuasa tempatan. Saya maklumkannya saya akan berbuat demikian selepas pasukan editorial pulang daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya kemudiannya pergi membuat liputan sebuah majlis dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita kematiannya," kata A. Malex.

Pasukan forensik Melaka pergi ke rumah mangsa pada malam Khamis untuk melakukan pemeriksaan.

"Kami sedang menunggu laporan bedah siasat," kata rakan keluarganya.

D'Cruz menyertai The Star sebagai wartawan sambilan pada 1979 dan banyak membuat liputan acara sukan dan keagamaan untuk akhbar ini.

Pada pertengahan 2016, dia memohon cuti sementara atas sebab komitmen kepada keluarga.

Dia kembali bertugas pada bulan lalu dengan membuat liputan satu majlis di Perkampungan Portugis.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wern Jie Pakar Aplikasi Termuda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini