suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeffrey Kitingan Disekat Masuk Sarawak

Datuk Dr Jeffrey Kitingan
KOTA KINABALU: Ketua pembangkang Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disekat daripada memasuki Sarawak.

Dr Jeffrey, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor dan presiden parti STAR Sabah, telah ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Kota Kinabalu pada 6 petang Sabtu.

"Saya masih di imigresen lapangan terbang. Arahan itu datang dari kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa bulan Februari tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Dr Jeffrey berkata beliau dijadualkan untuk meninggalkan Kuching dengan penerbangan jam 8.30 malam.

Beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat antara pemimpin Dayak dari Kalimantan dan Sabah di Kuching.

Beliau enggan mengulas  lanjut mengenai perkara itu.

Artikel Lain