suria

Hampir 2,000 Pelajar Catat Sejarah MBOR

Seramai 1,958 murid daripada 30 sekolah rendah di Lembah Klang menikmati lebih kurang 3,000 pastil Chewies Immunolicious bagi mencipta rekod untuk 'Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti' di bawah kategori Malaysia Book Of Records, Sabtu.

PETALING JAYA: Hampir 2,000 pelajar daripada 32 sekolah rendah sekitar Lembah Klang mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi "Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" pada Sabtu.

Kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun itu mencatat rekod berkenaan dengan mengambil lebih 3,000 pastil Chewies Immunolicious secara serentak di sini. 

Rekod tersebut adalah yang pertama dicatat di bawah kategori Pencapaian Manusia MBOR. 

Sijil MBOR itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research  and  Pharma Sdn Bhd, Javed Ghulam Muhammad oleh Penolong Pengurus Analisis, Kajian dan Pemasaran MBOR Ayman Izaaz. 

Javed Ghulam berkata rekod berkenaan dibuat bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan membina sistem imun yang kuat untuk kesihatan anak-anak melalui pengambilan makanan.

"Bagi melindungi anak-anak daripada kuman dan mengukuhkan sistem pertahanan pertama tubuh, ibu bapa perlu melengkapkan rutin harian dengan mengambil penggalak sistem imun," katanya pada program tersebut.-- Bernama


MBOR, Chewies

Artikel Lain