suria

Wanita Luka Parah Kemalangan Eskalator

Foto Twitter

SUBANG JAYA: Seorang wanita mengalami luka parah semasa menggunakan eskalator di sebuah pusat membeli-belah popular di sini.

Beberapa gambar tersebar di Facebook menunjukkan mangsa terduduk di tepi eskalator dengan keadaan luka di bahagian betis, sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat membeli-belah itu di halaman rasmi Facebooknya, insiden tersebut pada pukul 4 petang.

Penolong pengurus komunikasi pemasarannya ketika dihubungi The Star Online berkata, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Berdasarkan gambar-gambar, anda boleh melihat terdapat sekeping logam di tepi eskalator yang membengkok ke tengah. Kita masih tidak pasti bagaimana ia berlaku kerana biasanya disebabkan ia dirosakkan sehingga menyebabkan ia dalam keadaan begitu," katanya.

Mangsa, 20, menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan. 

Kos perubatan ditanggung oleh pusat membeli-belah tersebut.

Setakat ini, tiada kecederaan lain dilaporkan berhubung insiden itu.


Artikel Lain