suria

The Star, Sinar Harian Kolaborasi Menerusi ePaper

(Dari kiri) CEO Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Husammuddin Yaacub, Pengarah Urusan dan CEO SMG, Datuk Seri Wong Chun Wai, Timbalan CEO Kumpulan Media Karangkraf Syamil Fahim Mohamed Fahim dan COO SMG Calvin Kan pada majlis pelancaran langganan ePaper menggabungkan The Star dan Sinar Harian di Shah Alam, Jumaat.

SHAH ALAM: The Star dan Sinar Harian bekerjasama melancarkan pakej ePaper khusus untuk pembaca yang menguasai dua bahasa.

Menyifatkan ia sebagai langkah yang bermakna, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Star (SMG), Calvin Kan berkata, kombo ePaper menawarkan kandungan akhbar Sinar Harian dan The Star menerusi akses digital mudah.

"Kolaborasi ini membolehkan kami melangkah melebihi had dan mencapai pembaca yang lebih ramai merentasi platform digital," katanya pada majlis pelancaran ePaper di ibu pejabat Media Karangkraf di sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, beliau bersyukur kerana kerjasama ini menjadi kenyataan sejak memulakan rundingan enam bulan lalu.

"Laporan kami mungkin berbeza, tetapi kedua-dua Sinar Harian dan The Star dikenali kerana mengetengahkan suara dan keluhan orang ramai. Jadi kerjasama ini sememangnya sesuatu sepadan," katanya.

Pembaca kini boleh melanggan pakej ePaper untuk hanya RM199 setahun menerusi https://newsstand.thestar.com.my atau menghubungi talian 1300-88-7827 dari Isnin ke Jumaat (8.30 pagi hingga 7.30 malam).

Sebagai tambahan, pakej itu termasuk empat ePaper media rantau ini secara percuma iaitu Philippine Daily Inquirer, China Daily, The Jakarta Post and The Nation.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan  dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMG, Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang, Datuk Leanne Goh, CEO Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Editorial, Datuk Abd Jalil Ali.


The Star, Sinar Harian, ePaper

Artikel Lain