suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ri Jong-chol Diserah Kepada Imigresen Esok - Noor Rashid

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Februari lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong-chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.

"Oleh itu, polis akan serahkan lelaki itu kepada pihak imigresen esok untuk proses penghantaran pulang ke negara asal," katanya kepada Bernama, Khamis.

Jong-chol direman sejak 18 Feb bagi membantu siasatan kes pembunuhan  Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX. 

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -- Bernama

Ri Jong-chol, Korea Utara

Artikel Lain