suria

Buaya Boleh Tarik Pelancong, Jana Cecah RM10 Juta - YDP MPK

SEEKOR buaya yang berenang di permukaan air Sungai Klang berdekatan Jambatan Kota boleh menyumbang sehingga RM10 juta untuk hasil pendapatan pelancongan tahunan pihak berkuasa tempatan.

Demikian pandangan yang disuarakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata, kehadiran buaya air masin di kawasan berkenaan telah menarik perhatian ramai, sekali gus membantu ekonomi penduduk setempat.

"Ramai di kalangan penduduk sekitar Klang dan pelancong tempatan dari negeri lain yang datang untuk melihat sendiri.

"Malahan, bas pelancong asing juga berhenti untuk memberi peluang penumpang cuba melihat kelibat replitia itu.

"Saya dimaklumkan pelancong dalam dan luar negara akan berhenti di Jambatan Kota untuk melihat buaya itu sejak berita mengenainya disiarkan pda 7 Februari lalu di The Star Online," kata Mohamad Yasid.

Kehadian buaya itu dirakam menerusi klip video pendek yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Menurut nelayan tempatan, ada tiga buaya di sungai berkenaan dan satu daripadanya berukuran sembilan meter.

Mohamad Yasid berkata, berdasarkan pemantauannya, pelancong yang berkunjung ke kawasan itu untuk melihat buaya berkenaan akan singgah menikmati cendol di situ.

"Ada yang membeli belah di Pasar Jawa atau ke Emporium Makan bertentangan Jambatan Kota.

"Inilah manfaat ekonomi yang dibawa buaya itu kepada pihak berkuasa tempatan di sini.

"Boleh dianggap satu bonus kerana kami mempunyai jambatan bertingkat yang boleh memberi peluang kepada pengunjung meninjau di kawasan itu," katanya.

Katanya lagi, walaupun buaya itu tidak membahayakan orang ramai, namun pihaknya tetap meletakkan papan tandan amaran bagi mengelak orang ramai melempar batu atau mengganggu habitatnya.

Papan tanda "Kawasan Habitat Buaya" diletakkan pagar pintu air di Taman Pengkalan Batu, Taman Pengkalan Kampar dan Taman Sungai Jati.

MPK, Mohamad Yasid, buaya, Jambatan Kota

Artikel Lain