suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas CEO THHE Didakwa Ubah Wang Haram RM1 Juta

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dihadapkan dengan dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM1 juta kira-kira empat tahun lalu.

Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, bekas CEO TH Heavy Engineering Bhd (THHE), yang juga anak syarikat Tabung Haji didakwa menerima RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offsore Sdn Bhd, Hanafi Daud di Restoran Leaf Dining, No. 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara di sini antara pukul 3 petang dan 4 petang pada 1 November 2013.

Nor Badli, 51 juga berdepan pertuduhan kedua iaitu menerima RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohamad di THHE Fabricators Sdn Bhd, Tower B, Menara UOA Bangsar, Jalan Bansar Utama 1 antara pukul 1 petang dan 4 petang pada 27 Jun 2013.

Nor Badli mohon dibicarakan untuk kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Asnawi Abu Hanipah memohon ikat jamin RM200,000 untuk kedua-dua dikenakan dan perbicaraan bersama melibatkan kes pecah amanah melibatkan tertuduh.

Peguambela Nor Badli bagaimanapun memohon supaya jumlah ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000.

Hakim Mahkamah Sesyen, Madihah Harullah menetapkan RM50,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan sebutan kes pada 15 Mac ini.


SPRM, THHE, Nor Badli

Artikel Lain