suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaunselor Korea Utara Hadir Ke Di IPD Sepang

Kim Yu-song. Foto Bernama

SEPANG: Kaunselor Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-song hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang selama kira-kira 40 minit pada Khamis.

Beliau hadir berseorangan pada kira-kira pukul 5.35 petang.

Tujuan kunjungan itu bagaimanapun tidak dipastikan, tetapi dipercayai ia mempunyai kaitan dengan pembebasan lelaki warga Korea Utara, Ri Jong-chol pada Jumaat, sebagaimana yang diumumkan oleh Peguam Negara. 

Ri merupakan salah seorang suspek yang ditahan berhubung pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Timbul spekulasi bahawa Yu-song hadir bagi menyelesaikan kertas kerja yang diperlukan untuk pembebasan Ri.

Beliau bagaimanapun tidak memberi komen atau bercakap kepada pemberita di luar IPD Sepang.

Kim Yu-song

Artikel Lain