suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Indonesia Miliki Syabu Dicekup

GAMBAR HIASAN

TAWAU: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia  kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram di rumahnya di Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata polis menyerbu rumah wanita berusia 34 tahun itu kira-kira pukul 9 pagi dan menemui satu plastik berwarna biru di atas meja kecil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Di dalam plastik biru itu mengandungi 16 plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan bernilai RM500," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Selasa.

Fadil berkata, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Syabu

Artikel Lain