suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Tiada Tanda-Tanda Sakit Berkaitan Agen Saraf VX - Subra

Dr S. Subramaniam menjawab soalan wartawan pada sidang media di lobi KL Sentral pada Selasa. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit akibat terdedah kepada bahan toksik yang membawa maut itu.

"Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan kedua-dua suspek bebas daripada (kesan) agen saraf berkenaan serta tiada tanda-tanda sakit pada kedua-duanya," kata Dr Subramaniam kepada pemberita, di sini Selasa.

Dilaporkan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, sedang menunggu penerbangannya ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan tangan mereka yang disembur bahan disyaki racun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kedua-dua suspek warga Indonesia dan Vietnam terbabit dijangka didakwa esok berhubung pembunuhan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain