suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Ditahan Empat Jam Selepas Gagal Rompak Wanita

MIRI: Seorang lelaki ditahan empat jam selepas gagal dalam cubaan menyamun seorang wanita di dalam kereta mangsa di Jalan Taman Permai Jaya di sini, Ahad.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, seorang juruwang berusia 36 tahun, berada dalam kereta apabila suspek terus memasuki kereta itu dan mengacu sebilah pisau sambil memaksa mangsa memandu kereta.

Bagaimanapun, mangsa bertindak pantas dengan keluar dari kereta sambil menjerit meminta pertolongan dari orang awam di kawasan itu sehingga memaksa suspek panik dan cuba melarikan dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, orang ramai cuba untuk menangkap lelaki tersebut tetapi gagal apabila suspek dapat meloloskan diri selepas terjatuh dengan meninggalkan motosikal dan sebilah pisau di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, atas maklumat awam, suspek berusia 43 tahun itu ditangkap di pekarangan rumahnya di Permyjaya di sini pada pukul 5.40 petang, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun.-- Bernama

Artikel Lain