suria

Datuk Seri Antara 22 Anggota Geng 24 Didakwa Terlibat Jenayah Terancang

Sebahagian daripada 22 anggota kongsi gelap Geng 24 Pulau Pinang termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

GEORGE TOWN: Seorang Datuk Seri adalah antara 22 anggota kongsi gelap Geng 24 Pulau Pinang yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lepas.

Kesemua mereka yang dibacakan pertuduhan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid, mengangguk faham.

Anggota kongsi gelap itu didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.-- Bernama

Ng Chian Sia yang dianugerahkan gelaran itu daripada kerajaan Pahang didakwa bersama Bee Hooi Siang, Chee Chia Heng, Eee Ching Hock, Goh Chun Shien, Jeremy Cheng Yee Fun, Lee Chew Hong, Lim Leong Huat, Mah Chee Seng, Ng Ah Boey, Song Wai Hon, Tan Soo Ching, Tang Soon Poh, Teh Hang Beng, Teh Swee Chin, Teng Kok How, Teng Kok Loon, Teoh Chin Yeow, Teoh Jong Yow, Yeoh Choon Hin, Yeoh Choon Hong, and Yeong Kah Man.

Mereka berusia antara 24 dan 55 tahun didakwa melakukan kesalahan antara 1 Januari 2015 hingga 29 Januari 2017 di daerah timur laut Pulau Pinang.

Geng 24 dikenali terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan judi haram.



Geng 24

Artikel Sebelum

Artikel Lain