suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kit Siang Tak Boleh Jadi PM, DAP Terlalu 'Kecil' - Tun M

BALIK PULAU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak boleh menjadi perdana menteri kerana parti itu terlalu kecil, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika Umno jatuh.

"Bagaimana boleh Kit Siang menjadi perdana menteri? Partinya kecil," kata tanpa mengulas lanjut maksudnya DAP dikata kecil itu.

Sebelum itu Najib berkata, Kit Siang adalah pemimpin de facto Pakatan Harapan dan memiliki kuasa dalam gabungan parti pembangkang itu.

Dr Mahathir dalam ucapannya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk di sini di Dataran Muafakat MBPP pada Sabtu juga memohon maaf kerana menyokong Najib untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri yang memimpin negara 22 tahun itu juga menggesa pengundi untuk menggunakan kuasa undi mereka dengan bijak.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak menyokong Umno yang juga parti yang pernah diterajuinya.

"Umno bukan lagi parti yang sama seperti sebelum ini," katanya.

Mahathir, Kit Siang, Balik Pulau

Artikel Berikut

Artikel Lain