suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Lelaki Tunjuk Kemaluan

Gambar Hiasan

MERSING: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menunjukkan kemaluan di sebuah kedai di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata alamat terakhir lelaki berumur 30 tahun itu dikesan di Jalan Enggang, Felda Nitar 1, Mersing.

"Polis melancarkan gerakan memburu lelaki tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia lingkungan 20an. Laporan dibuat pada hari sama (17 Februari) di Balai Polis Mersing," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata menerusi laporan berkenaan, wanita yang berasal dari Endau, Mersing itu mendakwa suspek datang secara tiba-tiba berhampirannya di kedai berkenaan kira-kira 9.25 malam sebelum membuka seluarnya lalu menunjukkan kemaluan.

Katanya lelaki terbabit kemudian melarikan diri apabila dikejar sekumpulan orang awam selepas mangsa cuba mendapatkan pertolongan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya tampil membantu polis, katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum lima tahun penjara atau denda atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.-- Bernama

Cyril Edward Nuing, Mersing

Artikel Lain