suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Kim Jong-nam: Bukit Aman Jadi Tumpuan Media

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menjadi tumpuan pengamal media pada Ahad yang ingin mendapatkan perkembangan terkini kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lepas.

Pengamal media, termasuk media antarabangsa, mula berkumpul di hadapan Bukit Aman yang menjadi lokasi sidang media berhubung kes berkenaan seawal 12 tengah hari.

Sidang media oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim itu dijadual pada 2.45 petang ini.

Jong-nam, yang namanya dicatat sebagai Kim Chol dalam pasportnya, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengadu tidak sihat di klia2.-- Bernama

Bukit Aman, Kim Jong-nam

Artikel Lain