suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amalkan Budaya Beri, Jawab Salam - Zakir Naik

ARAU: Pendakwah terkenal daripada India, Dr Zakir Naik menyarankan agar umat Islam mengamalkan budaya memberi salam dan menjawab salam antara satu sama lain.

"Ucapan salam membawa maksud berdoa semoga selamat sejahtera kepada seseorang Islam yang ditemui dan dijawab atas maksud yang sama oleh mereka yang diberi salam.

"Jika setiap salam yang diucapkan dan dijawab dengan penuh keikhlasan, saya yakin seluruh umat Islam di dunia ini berada dalam kesejahteraan serta selamat sepanjang masa," katanya seperti dilaporkan Bernama ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri di sini pada Jumaat.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berangkat menunaikan solat Jumaat itu di samping Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut serta ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Mufti Kerajaan Negeri, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan lebih 3,000 orang jemaah.

Solat diimamkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlia Agama Islam Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor.

Zakir Naik

Artikel Sebelum

Remaja Hina Agong Ditahan

Artikel Lain