suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hak Sarawak Akan Dikembalikan - Najib

LUNDU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat memberi jaminan kepada kerajaan Sarawak dan rakyatnya yang kerajaan persekutuan akan mengembalikan hak-hak negeri yang terhakis secara tidak sengaja daripada Perjanjian Malaysia 1963.

"(Berhubung) hak-hak Sarawak yang telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan semasa pelaksanaan Perjanjian Malaysia, kami bersedia mempertimbangkan untuk mengembalikannya kepada Sarawak," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Lundu di sini.

Beliau berkata perbincangan mengenai perjanjian serta tafsiran perjanjian sedang berlangsung antara kerajaan negeri dan pusat.

"Diharapkan kita dapat mencapai satu persefahaman yang akan mencerminkan hasrat rakyat Sarawak selain memastikan Sarawak rakan kongsi kerajaan persekutuan yang kukuh," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Najib berkata peringkat kedua perbincangan sedang berlangsung dengan pembentukan lima jawatankuasa kerja di bawah setiausaha persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri Sarawak untuk meneliti lima topik berbeza.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain