suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Chong Sin Woon Meninggal Dunia

NILAI: Bapa kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon meninggal dunia pagi Khamis.

Chong Fatt Yuen, 85, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Nilai dekat sini pada kira-kira pukul 8.15 pagi.

Fatt Yuen dilahirkan di sebuah kampung di Haoshan, Guangdong, China meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

Sin Woo yang merupakan anak bongsu dalam keluarga, menggambarkan bapanya seorang yang tegas dan traditional.

"Dulu dia akan rotan jika kami nakal," jelasnya.

Namun Sin Woon dan adik-beradik yang lain tahu bahawa bapanya amat menyayangi mereka.

Beliau berkata, bapanya yang menjalankan perniagaan alat tulis tetap menjalani kehidupan sederhana walaupun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

"Selepas bersara, bapa saya akan berjalan-jalan sambil mengumpul kadbod dan botol terpakai untuk dikitar semula.

"Dia mementingkan alam sekitar," kata Sin Woon, yang juga Ketua Pemuda MCA.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan bermula hari ini (Khamis) sehingga Sabtu ini, sebelum mayatnya disemadikan di Taman Peringatan Nilai pada pukul 11 pagi Ahad.

Chong Sin Woon

Artikel Berikut

Artikel Lain